Saturday 17 November 2012

10 tips RAHSIA pekerja cemerlang




Kita akan merasa kecewa apabila usaha sepanjang tahun yang kita korbankan sepenuh hati dan bekerja keras demi mencapai matlamat boss dan syarikat tetapi dinilai biasa-biasa sahaja oleh boss apabila tibanya Performance Appraisal. Kita mungkin akan merasa marah sekiranya kita mendapat tahu rakan sebelah meja kita yang lebih banyak mengular, tiada semangat teamwork, banyak berkira dalam banyak hal tetapi mendapat rezeki yang lebih daripada kita apabila performance appraisal berlaku. Di ruangan blog ini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk mengambil perhatian boss secara betul, bukan sekadar "BODEK".    

1. Beyond Expectation
Lakukan segala tugasan kita diluar jangkaan boss iaitu buat apa lebih dari apa yang bos minta. Contohnya sesuatu tugasan bos suruh siapkan esok, sebolehnya siapkan tugasan tu hari ini.

2. Tahu apa kemahuan bos 
Perihatin dengan style pengurusan boss, kita seharusnya tahu cara-cara kerja beliau, standard dan sifat ataupun kemahuan, kemudian kita sesuaikan dengan diri kita. Sekiranya kamu mempunyai pendapat Boss yang harus sesuaikan diri dengan staff mereka, itu adalah pendapat yang salah dan harus diperbetulkan dengan segera. 

3. Boss tidak gemar di bodek dengan "Yes Boss" 
Kita semestinya harus menghormati boss kita, tetapi dalam sesuatu keadaan atau situasi kita mesti berkata "tidak" dan haruslah memberi jawapan/alasan yang konkrit bagi menyokong pendapat tu. Kadang-kadang  boss suka orang yang macam ini. Bukan sekadar sentiasa "Yes Boss" tetapi tidak dapat deliver seperti yang diharapkan. Boss memerlukan kakitangan mereka yang berpendirian, berani dan berfikir sebelum bertindak.

4. Berani untuk bercakap
Speak up!!! Tapi pastikan apa yang kita cakapkan berdasarkan kita punya kepakaran. Jangan terlalu diam bila bermesyuarat bersama bos. Lontaran idea-idea yang bernas.

5. Bos selalunya bersendirian 
Boss juga manusia seperti kita, kadang-kadang dia perlukan kawan. Luangkan masa sesekali bersama boss. Dengan ini, kita lebih dapat peluang untuk mengetahui dengan lebih dekat personaliti dan gaya bos kita.

6. Kemahiran dalam komunikasi dengan Boss
Sekiranya boss sedang naik angin dan marah, jangan kita pun sibuk nak mempertahankan diri mengatakan kita tak bersalah. Ingat cara ini tidak akan berhasil. Biar boss marah dulu, kita dengar saja. Bila selesai baru kita terangkan situasi sebenar.

7. Jangan suka menipu 
Setiap boss memerlukan kakitangannya yang jujur. Jangan sesekali menimbulkan ketidak percayaan dia terhadap kita, kerana ia akan mewujudkan jurang lebih besar antara kita dan bos.

8. Sentiasa bersikap positif
Jangan mengeluh jika diberi sesuatu tugasan. Berfikiran positif kerana hanya boss yang tahu kebolehan dan X factor yang ada pada kita. Jadi,anggaplah tugasan itu sebagai satu penghargaan dan belajar sesuatu yang baru.

9. Mestilah rajin
Be smart dan mempunyai sense of urgency.

10. Sentiasa senyum
Ingat semua orang ada masalah di dunia ini. Kalau kita berselisih faham dengan boss, jangan terlalu tunjuk dan pandai pandailah mengasingkan masalah peribadi dan urusan kerja. 

Moral
i. Tuhan merestui untuk kita mendapatkan rezeki lebih secara jalan yang halal dan betul.
ii. Bukan "Pengorbanan Sebenar" sekiranya pengorbanan yang dilakukan untuk dihargai.


Thursday 11 October 2012

RETRENCHMENT, VSS ATAU MSS !!!



Salam,
Dulu-dula  setiap kali terdapat revolusi ekonomi dunia yang turun naik, ianya akan memberi kesan kepada dunia HR. Kebiasaan nya semasa ekonomi merundung ke bawah banyak syarikat akan gulung tikar, mengecilkan saiz perniagaan, percatuman beberapa bahagian, penyusunan structure syarikat dan sebagainya.
Senario yang jarang-jarang ditemuai dalam hal ehwal pengurusan HR ini mungkin merupakan cabaran untuk kakitangan HR menghadapi setuasi begini, tambah-tambah pula dalam urusan pembuangan kakitangan. Bersedia atau tidak sebagai seorang HR didalam sesubuah organisasi kita harus teruskan juga, tetapi harus ingat setiap langkah yang kita ambil haruslah mengikuti garispanduan dan tidak menyelahi perundangan negara kerana sekiranya tersilap langkah perkara ini boleh dirujuk ke JTK dan juga IR.        
Terdapat beberapa istilah untuk pembuangan atau penamatan pekerjaan ini, seperti retrenchment, VSS, MSS dan sebagainya, yang paling popular dikalangan masyarakat kita adalah istilah VSS.
Sekarang  retrenchment , VSS dan MSS bukan sahaja dipengaruhi oleh ekonomi dunia sahaja, Dunia bergerak pantas dalam era tranformasi khasnya di negara kita ini. Perubahan teknologi, peningakatan taraf pendidikan dan gaya hidup masyarakat Malaysia sendiri, dan dasar-dasar kerajaan boleh mempengaruhi scenario di atas.
Sebagai seorang HR, anda harus mengetahui mengetahui apa yang harus dibuat, kerana ianya mungkin berlaku di organisasi anda pada bila-bila masa.
  
Retrenchment
Perlu dilaksanakan pada keseluruhan organisasi atau sekurang-kurangnya bahagian yang terjejas. Langkah terakhir yang perlu diambil setelah beberapa perkara telah di ambil dan dipertimbangkan .
Klik disini untuk mengetahui lanjut dan panduan daripada Persatuan Majikan-Majikan Malaysia / MEF

VSS - Voluntary Separation Scheme.
Sama juga macam retrenchment, cuma majikan offer pada semua, terpulanglah samada anda mahu terima tawaran dengan pampasan atau tidak.

MSS - Mutual Separation Scheme.
Lebih kurang sama dengan VSS juga tetapi MSS adalah ditawarkan kepada insan terpilih dan  bertuah yang mendapat "DURIAN RUNTUH", mereka  akan ditawarkan oleh syarikat  dengan pakej pampasan. Biasanya company akan pilih dikalangan orang yang “ gaji paling besar”,  pengetahuan  teknologi paling lapuk”, skill paling purba, atau prestasi paling tidak diinginkan oleh majikan. Ia biasa nya ditawarkan kepada golongan upper level seperti pengarah, pengurus kanan, pengurus, eksekutif atau  penyelia kerana golongan ini adalah antara yang bergaji besar dan memerlukan skill dan pengetahuan yang updated.
 
Sama ada sesebuah organisasi tersebut perlu memilih Retrenchment atau VSS/MSS adalah bergantung pada situasi yang sesuai dengan objektif yang ingin dicapai. AWAS!!! jangan apa pun keputusan yang dibuat haruslah dilaporkan kepada JTK yang terdekat.


Monday 8 October 2012

PENAMATAN PERKHIDMATAN PEKERJAAN

Satu tulisan Maimunah Aminuddin

Maimunah Aminuddin merupakan seorang pensyarah terkenal dan perunding di bidang pengurusan Sumber Manusia. Antara tajuk buku beliau adalah;

Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University Press),

Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGarw Hill)

Termination of Employment : Understanding the Process ( 2010, CLI Publication)





GARIS PANDUAN







Saturday 29 September 2012

BERITA BAGI INDIVIDU BERPENDAPATAN BERCUKAI




CYBERJAYA - Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013. 

Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hingga RM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum ini tujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasan cukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 dan pengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahun depan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.

Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi dan meningkat produktiviti.

Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di 23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.

Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalam Bajet 2013. – Bernama

 

SUMBER : bloginfo4uall.blogspot.com

TEKS UCAPAN BAJET 2013


PUCHONG NEW TOWN 29 OKTOBER 2013- Pagi-pagi buta semua akhbar telah habis terjual, rezeki penjual-penjual, wakil jualan dan agen akhbar hari ini, tidak perlu menunggu sampai tengah hari untuk mengumpul hasil jualan seperti hujung minggu pada kebiasaan. Masyarakat berebut untuk mendapatkan akhbar hari ini adalah untuk mendapatkan laporan bajet 2013 yang di umukan oleh 1st Men Malaysia our PM.

Rezeki aku hari ini, walaupun semua akhbar habis terjual tetapi aku sempat mendapatkan copy aku di Putra Perdana, selepas penat ronda di Puchong New Town. Aku sempat mendapatkan beberapa buah akhbar untuk mendapatkan sudut laporan yang berbeza... ternyata kecewa kerana rata-rata akhbar melaporkan ringkasan sahaja. Yang penting bagi aku adalah untuk mengetahu ucapan penuh our PM pada petang kemarin kerana aku tidak sempat melihat sepenuhnya ucapan beliau yang dibuat secara langsung oleh kebanyakan saluran TV, Radio dan juga laman web.

Untuk rujukan aku dan juga nko orang klik pada TEKS UCAPAN BAJET 2013 untuk membaca taks ucapan sepenuhnya yang dibuat oleh PM. Semoga ia membantu nko orang untuk membuat planning dan rujukan.

Sekian.



   






Friday 21 September 2012

FEADAH PERKESO : PENCEN PENAKAT ATAS KEMATIAN PASANGAN



Al-Fatihah, kepada para muslim muslimah yang telah pergi. Ramai antara kita yang tidak mengetahui bahawa sekiranya pasangan kita sama ada suami atau isteri telah meninggal meninggalkan dunia ini maka waris nya dilindungi oleh PERKESO / SOCSO sekiranya yang pergi adalah ahli kepada PERKESO atau membuat caruman bulanan melalui potongan gaji. Perlindungan ini adalah dibawah feadah Pencen Penakat ianya memberi perlindungan dalam bentuk bayaran pencen bulanan untuk para waris iaitu Suami/ Isteri, Ibu bapa dan anak-anak.

Sila klik di FEADAH PENCEN BERKAT PERKESO / SOCSO untuk maklumat lanjut dan prosedur membuat tuntutan.     

PROSES PERMOHONAN PEKERJA ASING DI JTK



Friday 27 July 2012

PROSIDUR LAPORAN PEKERJA ASING MELARIKAN DIRI DARIPADA MAJIKAN


 
Bagi majikan yang mempunyai penggajian pekerja asing di organisasi mereka, sekiranya pekerja asing melarikan diri (AWOL) apakah tindakan yang harus dilakukan atau diambil supaya langkah-langkah yang ambil adalah betul dan tidak memenuhi perundangan negara. Dibawah adalah perkongsian, apakah tindakan yang perlu diambil sekiranya majikan yang mengaji pekerja asing menghadapi situasi pekerja mereka hilang.

 
LANGKAH-LANGKAH;
  1. Membuat Laporan polis
  2. Membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
  3. Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan pekerja lari daripada majikan.
Prosedur Imigresen
Majikan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi membatalkan PL(KS) pekerja bagi kes lari:
  1. Surat permohonan membatalkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) PL(KS) pekerja asing yang melarikan diri
  2. Salinan kad pengenalan majikan
  3. Pasport asal/salinan pasport pekerja yang melarikan diri.
  4. Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
  5. Salinan laporan polis yang disahkan.
TINDAKAN KEPADA MAJIKAN  
  1. Pekerja asing yang melarikan diri daripada majikan akan disenaraihitamkan.
  2. Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan/sita pada kadar personal bond yang telah ditandatangani semasa permohonan. Bayaran sita adalah tertakluk kepada warganegara Indonesia RM250.00, Bangladesh RM500.00,Myanmar RM750.00, Vietnam RM1500.00. 
  3. Majikan masih lagi bertanggungjawab terhadap pekerja seandainya majikan gagal untuk membuat laporan bagi pekerja yang telah melarikan diri daripada majikan.
  4. Majikan tidak boleh membuat tuntutan balik wang jaminan seandainya majikan ingin membuat pembatalan laporan lari bagi kes pekerja lari yang telah kembali bekerja dengan majikan yang sama semula.

Friday 20 July 2012

PENYELARASAN PENGELUARAN KWSP SELEPAS UMUR 60TAHUN

KUALA LUMPUR: Pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) masih boleh mengeluarkan wang daripada Akaun Dua ketika mencapai umur 50 tahun walaupun umur persaraan minimum pekerja swasta ditingkatkan kepada 60 tahun mulai tahun depan.

Pada masa sama pengeluaran penuh hanya boleh dibuat selepas mencapai umur persaraan 60 tahun, berbanding 55 tahun sekarang. Peraturan itu selaras dengan penetapan umur persaraan minimum kakitangan swasta menerusi Rang Undang-Undang Umur Persaraan Minimum 2012 yang dibentangkan untuk bacaan kali pertama di Parlimen kelmarin dan berkuat kuasa mulai Januari 2013. Pengurus Besar Perhubungan Awam KWSP, Nik Affendi Jaafar, bagaimanapun berkata pihaknya memberi tempoh peralihan kepada 13 juta pencarumnya merancang kewangan persaraan mereka ketika menyelaras had umur pengeluaran 55 tahun kepada 60 tahun.

Kita akan mengambil kira semua maklum balas, namun memandangkan objektif umur pengeluaran 55 tahun bagi membiayai per-saraan, KWSP perlu menyelaraskannya dengan umur persaraan minimum berkenaan.

Dalam menguatkuasakan sebarang perubahan dalam umur pengeluaran, notis diberikan lebih awal bagi membolehkan pencarum merancang dan menyesuaikan persaraan mereka sewajarnya, katanya ketika dihubungi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan, berkata penetapan umur persaraan minimum itu memerlukan pindaan dan penyelarasan caruman Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO). Katanya, penetapan umur persaraan minimum 60 tahun akan membabitkan lebih 10 juta pekerja swasta yang sebelum ini tidak ada umur persaraan minimum.

Peningkatan umur persaraan minimum akan meningkatkan jaringan keselamatan sosial pekerja swasta yang bergantung kepada KWSP untuk faedah persaraan dan PERKESO. Caruman mereka bertambah lima tahun dengan simpanan lebih banyak. Kebajikan ketika persaraan lebih terjaga, katanya.

Maznah berkata, penetapan umur persaraan minimum itu juga sejajar dengan perubahan jangka hayat rakyat Malaysia yang meningkat kepada 72 tahun bagi lelaki dan 77 tahun bagi perempuan.

Secara purata, jangka hayat penduduk Malaysia adalah 74 tahun dan angka ini jauh lebih tinggi daripada purata jangka hayat sebelum ini, katanya.

http://www.bharian.com.my/bharian/articles/50tahunkekal/Article/

Tuesday 17 July 2012

RANG UNDANG UNDANG UMUR PERSARAAN 2012

PINDAAN 2012 AKTA KERJA 1955

PART 2

(SEKSYEN 40 HINGGA SEKSYEN 15)


Pindaan seksyen 40

13. Seksyen 40 Akta ibu dipinda dengan memotong subseksyen (3).

Pindaan seksyen 42

14. Subseksyen 42(2) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “a female employee is dismissed from her employment” dengan perkataan “the service of a female employee is terminated”.

Seksyen baru 44a

15. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 44 seksyen yang berikut:

Application of this Part irrespective of wages of female employee

44a. Notwithstanding paragraph 1 of the First Schedule, this Part extends to every female employee who is employed under a contract of service irrespective of her wages.”.

Seksyen baru 57a dan 57b

16. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 57 seksyen yang berikut:

Employment of foreign domestic servant

57a. (1) An employer who employs a foreign domestic servant shall, within thirty days of the employment, inform the Director General of such employment in a manner as may be determined by the Director General.

(2) An employer who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit.

Duty to inform Director General of termination of service of foreign domestic servant

57b. (1) If the service of a foreign domestic servant is terminated—

(a) by the employer;

(b) by the foreign domestic servant;

(c) upon the expiry of the employment pass issued by the Immigration Department of Malaysia to the foreign domestic servant; or

(d) by the repatriation or deportation of the foreign domestic servant,the employer shall, within thirty days of the termination of service, inform the Director General of the termination in a manner as may be determined by the Director General.

(2) For the purpose of paragraph (1)(b), the termination of service by a foreign domestic servant includes the act of the foreign domestic servant absconding from his place of employment.

(3) An employer who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit.”.

Pindaan seksyen 59

Subseksyen 59(1) Akta ibu dipinda dalam proviso dengan menggantikan perkataan Employees Social Security Act 1969 [Act 4]” dengan perkataan “Employees’ Social Security Act 1969”.

Pindaan seksyen 60

18. Perenggan 60(3)(b) Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas perkataan “monthly” perkataan “or weekly”.

Pindaan seksyen 60d

19. Seksyen 60d Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1)—

(i) dengan menggantikan perkataan “a this” dengan perkataan “at his”;

(ii) dalam perenggan (a)—

(A) dengan menggantikan perkataan “ten” dengan perkataan “eleven”;

(B) dengan menggantikan perkataan “four” dengan perkataan “five”;

(C) dalam subperenggan (iii), dengan memotong perkataan “and” yang terdapat di hujung subperenggan; dan

(D) dengan memasukkan selepas subperenggan (iv) subperenggan yang berikut:

(v) Malaysia Day; and”;

(iii) dengan menggantikan perenggan (b) dengan perenggan yang berikut:

(b) on any day appointed as a public holiday for that particular year under section 8 of the Holidays Act 1851 [Act 369]' dan

(iv) dengan menggantikan proviso kepada subseksyen (1) dengan proviso yang berikut:

Provided that if any of the public holidays referred to in paragraphs (a) and (b) falls on—

(i) a rest day; or

(ii) any other public holiday referred to in paragraphs (a) and (b), the working day following immediately the rest day or the other public holiday shall be a paid holiday in substitution of the first mentioned public holiday.”; dan

(b) dalam perenggan (3)(aaa), dengan memotong perkataan “in” yang terdapat selepas perkataan “referred”.

Pindaan seksyen 60i

20. Seksyen 60i Akta ibu dipinda—

(a) dalam subseksyen (1c), dengan memasukkan selepas perkataan “on a daily”perkataan  or an hourly”; dan

(b) dalam subseksyen (1d), dengan memasukkan selepas perkataan “on a daily”perkataan or an hourly

 

Pindaan seksyen 60k

21. Seksyen 60k Akta ibu dipinda—

a) dalam subseksyen (1), dengan menggantikan perkataan “the nearest office of the Director General with the particulars of the foreign employee” dengan perkataan “the Director General with the particulars of the foreign employee by forwarding the particulars to the nearest office of the Director General”; dan

(b) dengan memasukkan selepas subseksyen (2) subseksyen yang berikut:
(3) If the service of a foreign employee is terminated—
(a) by the employer;
(b) by the foreign employee;
 (c) upon the expiry of the employment pass issued by the Immigration Department of Malaysia to the foreign employee; or
 (d) by the repatriation or deportation of the foreign employee,the employer shall, within thirty days of the termination of service, inform the Director General of the termination in a manner as may be determined by the Director General.
 (4) For the purpose of paragraph (3)(b), the termination of service by a foreign employee includes the act of the foreign employee absconding from his place of employment.
(5) An employer who contravenes subsection (1) commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit.”.


Pindaan seksyen 69

22. Seksyen 69 Akta ibu dipinda dalam perenggan (2)(ii)—

 (a) dengan menggantikan perkataan “sub-contractor for labour”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “contractor for labour”; dan

 (b) dengan menggantikan perkataan “subcontractor”dengan perkataan “sub-contractor”.

Pindaan seksyen 69b

23. Subseksyen 69b(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “one thousand five hundred” dengan perkataan “two thousand”.

Pindaan seksyen 73

24. Subseksyen 73(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sub-contractor for labour” dan “subcontractor for labour” dengan perkataan “contractor for labour”.

Pindaan seksyen 77

25. Subseksyen 77(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “or 73” dengan perkataan “,73 or subsection 81d(4)”.

PIndaan seksyen 79

26. Subseksyen 79(1) Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “Electricity Act 1949 [Act 116]” dengan perkataan“Electricity Supply Act 1990 [Act 447]”.


PERINTAH GAJI MINIMUM




Kementerian Sumber Manusia telah mengumumkan bahawa Perintah Gaji Minimum 2012 yang diwartakan semalam mengikut Subseksyen 23(1) Akta Majlis Perundingan Gaji Negara 2011, akan berkuat kuasa pada 1 Januari 2013 depan bagi majikan yang menggaji enam orang atau lebih.

Namun bagi majikan yang menggaji lima pekerja atau kurang, tarikh penguatkuasaan ditetapkan 1 Julai 2013. Jelas pihaknya lagi, tarikh permulaan kuat kuasa ini juga terpakai kepada majikan yang menjalankan aktiviti profesional yang dikelaskan di bawah Piawaian Pengelasan Pekerjaan Malaysia (MASCO) tanpa mengira bilangan pekerja. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut mengenai warta bertajuk Perintah Gaji Minimum 2012 P.U. (A) 214/2012 boleh dirujuk di http://www.federalgazette.agc.gov.my/.

Antara kandungan warta Perintah Gaji Minimum 2012 itu ialah :
  • Kadar gaji minimum yang ditetapkan ialah RM900 sebulan atau RM4.33 sejam bagi Semenanjung.
  • Kadar gaji minimum RM800 atau RM3.85 sejam bagi Sabah dan Sarawak.


Sunday 15 July 2012

PINDAAN 2012 AKTA KERJA 1955

Rakyat Malaysia yang ada mempunyai hubungan sebagai majikan atau pekerja harus mengetahui peruntukan yang disediakan didalam akta pekerjaan. Bagi individu yang mencuburi bidang HR sebagai kerjaya, akta ini sudah tentu adalah menjadi panduan untuk setiap urusan harian. Adalah menjadi kesalahan dan boleh disabitkan hukuman denda dan penjara sekiranya perlaksanaan sesuatu dasar, prosedur dan peraturan sesebuah organisasi sama ada bertaraf kecil, sederhana atau besar sekiranya tidak menggunapakai akta ini

Pada 2012 terdapat banyak seksyen telah dipinda sama ada di ubah, buang dan tambah pada akta ini. di bawah penulis blog ini berkongsi makluman, moga ia dapat menjadi panduan dan rujukan seluruh rakyat Malaysia.

Melalui pindaan 2012, terdapat skop / fasal yang memberi laluan kepada beberapa perkara yang ditekankan selaras dengan dasar kerajaan terbaru, iaitu Peruntukan beberapa perkara kepada pekerja wanita, Perkhidmatan Pembantu Rumah, Gangguan Sexsual, Pembayaran Gaji, dan sebagainya, maklumat secara perinci boleh juga dibaca melalui topik " Huraian : Akta Kerja 1955 (Pindaan 2012) mealui bolg ini.

RANG UNDANG-UNDANG
b e r n a m a
Suatu Akta untuk meminda Akta Kerja 1955.
DIPERBUAT oleh Parlimen Malaysia seperti yang berikut:

PART 1

( SEKSYEN 2 HINGGA SEKSYEN 37)


Tajuk ringkas dan permulaan kuat kuasa


1. (1) Akta ini bolehlah dinamakan Akta Kerja (Pindaan) 2011.

(2) Akta ini mula berkuat kuasa pada tarikh yang ditetapkan oleh Menteri melalui pemberitahuan dalam Warta, dan Menteri boleh menetapkan tarikh yang berlainan bagi permulaan kuatkuasa peruntukan yang berlainan dalam Akta ini.

Pindaan seksyen 2

2. Akta Kerja 1955 [Akta 265], yang disebut“Akta ibu” dalam Akta ini, dipinda dalam subseksyen 2(1)—

(a) dalam takrif “confinement”,dengan menggantikan perkataan “twenty-eight” dengan perkataan“twenty-two”;

(b) dalam takrif“constructional contractor”, dengan menggantikan perkataan “assigns” dengan perkataan “assignees”

(c) dengan memasukkan selepas takrif“contractor” takrif yang berikut:

‘ “contractor for labour”means a person who contracts with a principal, contractor or sub-contractor to supply the labour required for the execution of the whole or any part of any work which a contractor or sub-contractor has contracted to carry out for a principal or contractor, as the case may be;’;

(d) dengan memasukkan selepas takrif “employee” takrif yang berikut:

‘ “foreign domestic servant” means a domestic servant who is not a citizen or a permanent resident;’

(e) dengan memasukkan selepas takrif “medical officer” takrif yang berikut:

‘ “Minister” means the Minister charged with the responsibility for human resources;’;

(f) dengan menggantikan takrif “part-time employee” dengan takrif yang berikut:

‘ “part-time employee”means a person included in the First Schedule whose average hours of work per week as agreed between him and his employer are more than thirty per centum but do not exceed seventy per centum of the normal hours of work per week of a full-time employee employed in a similar capacity in the same enterprise;’;

(g) dengan memasukkan selepas takrif “registered medical practitioner” takrif yang berikut:

‘ “sexual harassment”means any unwanted conduct of a sexual nature, whether verbal, non-verbal, visual, gestural or physical, directed at a person which is offensive or humiliating or is a threat to his well-being, arising out of and in the course of his employment;’;

(h) dengan memotong takrif “sub-contractor for labour”.

Pindaan seksyen 4

3. Seksyen 4 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “under section 69 or section 73” dengan perkataan“or decision under section 69, 69b, 69c,73 or subsection 81d(4)”.

Penggantian seksyen 19

4. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 19 dengan seksyen yang berikut:

 “Time of payment of wages

19. (1) Subject to subsection (2), every employer shall pay to each of his employees not later than the seventh day after the last day of any wage period the wages, less lawful deductions earned by such employee during such wage period.

 (2) Wages for work done on a rest day, gazetted public holiday referred to in paragraphs 60d(1)(a) and (b) and overtime referred to in section 60a shall be paid not later than the last day of the next wage period.

(3) Notwithstanding subsections (1) and (2), if the Director General is satisfied that payment within such time is not reasonably practicable, he may, on the application of the employer, extend the time of payment by such number of days as he thinks fit.”.

Pindaan seksyen 22

5. Seksyen 22 Akta ibu dipinda—

(a) dengan menomborkan seksyen sedia ada sebagai subseksyen (1);

(b) dengan memotong perenggan (c);

(c) dengan memasukkan selepas perenggan (da) perenggan yang berikut:

(db) to enable him to purchase a computer;

(dc) to enable him to pay for medical expenses for himself or his immediate family members;

(dd) to enable him to pay for daily expenses pending receipt of any periodical payments for temporary disablement under the Employees’ Social Security Act 1969 [Act 4];

(de) to enable him to pay for educational expenses for himself or his immediate family members;”;

(d) dengan memasukkan selepas perenggan (f) subseksyen yang berikut:

(2) For the purposes of this section, “immediate family members” means the employees’ parents, children, siblings or any other person under the employee’s guardianship.”.


Pindaan Bahagian V

6. Bahagian V Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk “RELATING TO THE TRUCK SYSTEM” dengan tajuk “SYSTEM OF PAYMENT OF WAGES”.

Penggantian seksyen 25

7. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 25 dengan seksyen yang berikut:
Wages to be paid through bank

25. (1) The entire amount of wages earned by, or payable to, any employee in respect of any work done by him less any lawful deductions, shall be actually paid to him through payment into an account at a bank, finance company, financial institution or other institutions licensed or established under the Banking and Financial Institutions Act 1989 [Act 372] or any other written law, in any part of Malaysia being an account in the name of the employee or an account in the name of the employee jointly with one or more other persons as stipulated by the employee.

(2) Every employee shall be entitled to recover in the courts so much of his wages, exclusive of sums lawfully deducted under Part IV, as shall not have been actually paid to him in accordance with subsection (1).”.

 

Pindaan seksyen 25a

8. Akta ibu dipinda dengan menggantikan seksyen 25a dengan seksyen yang berikut:

Payment of wages other than through bank

25a. (1) Notwithstanding subsection 25(1), an employer may, upon a written request of the employee, other than a domestic servant, make payment of his employee’s wages—

(a) in legal tender; or

(b) by cheque made payable to or to the order of the employee.

(2) In the case of a domestic servant, the employer shall, upon the request of his domestic servant, obtain approval from the Director General for the payment of wages of the domestic servant to be paid in legal tender or by cheque.

(3) The request by the employee under subsections (1) and (2) may be withdrawn by the employee at any time, by notice in writing, to the employer.

(4) The notice referred to in subsection (3) shall take effect at, but not before, the end of the period of four weeks beginning with the day on which the notice is given.

(5) The request of the employee to the mode of payment of wages under subsections (1) and(2) shall not be unreasonably withheld by the employer.

(6) Any dispute arising out of the request by the employee under subsections (1) and (2) shall be referred to the Director General whose decision on the matter shall be final.

(7) Section 69 shall not apply in respect of any dispute under subsection (6).”.

 

Pindaan seksyen 31


9. Seksyen 31 Akta ibu dipinda dengan menggantikan perkataan “sub-contractor for labour”, di mana-mana jua terdapat, dengan perkataan “contractor for labour”.

Pindaan Bahagian VII

10. Bahagian VII Akta ibu dipinda dengan menggantikan tajuk “CONTRACTORS AND PRINCIPALS” dengan tajuk CONTRACTORS, PRINCIPALS AND CONTRACTORS FOR LABOUR”.

Seksyen baru 33a

11. Akta ibu dipinda dengan memasukkan selepas seksyen 33 seksyen yang berikut:

Information relating to supply of employees

33a. (1) A contractor for labour who intends to supply or undertakes to supply any employee shall register with the Director General in the prescribed form within fourteen days before supplying the employee.

(2) If a contractor for labour referred to in subsection (1) supplies any employee, he shall keep or maintain one or more registers containing information regarding each employee supplied by him and shall make such registers available for inspecti

 (3) A contractor for labour who—

 (a) supplies his employee without registering with the Director General as required under subsection (1)

 (b) fails to keep or maintain any register, or make available any register for inspection as required under subsection (2),

commits an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding ten thousand ringgit.”.

 

Pindaan seksyen 37


12. Seksyen 37 Akta ibu dipinda—

 (a) dengan menggantikan perenggan (1)(a) dengan perenggan yang berikut:

(1)(a) Every female employee shall be entitled—

 (i) to maternity leave for an eligible period in respect of each confinement; and

 (ii) subject to this Part, to receive from her employer a maternity allowance to be calculated or prescribed as provided in subsection (2) in respect of the eligible period.”;

 (b) dalam perenggan (1)(aa), dengan menggantikan perkataan “paragraph (a)”dengan perkataan “subparagraph (a)(i)”;

 (c) dalam perenggan (1)(c), dengan menggantikan perkataan “paragraph (a)”dengan perkataan “subparagraph (a)(ii)”;

 (d) dengan menggantikan perenggan (1)(d) dengan perenggan yang berikut:

(d) For the purposes of this Part—

 (i) “children” means all natural children, irrespective of age; and

 (ii) “eligible period” means a period of maternity leave of not less than sixty consecutive days.”;

 (e) dengan menggantikan perenggan 2(a) dengan perenggan yang berikut:

(2)(a) A female employee shall be entitled to receive maternity allowance for the eligible period from her employer if—

 (i) she has been employed by the employer for a period of, or periods amounting in the aggregate to, not less than ninety days during the nine months immediately before her confinement; and

 (ii) she has been employed by the employer at any time in the four months immediately before her confinement;”; dan

 (f) dengan memasukkan selepas subseksyen (3) subseksyen yang berikut:

(4) Any employer who terminates the service of a female employee during the period in which she is entitled to maternity leave commits an offence:

Provided that for the purpose of this section, such termination shall not include termination on the ground of closure of the employer’s business.”.

( bersambung....)

Saturday 14 July 2012

HURAIAN : PINDAAN AKTA KERJA 1955





HURAIAN : PINDAAN AKTA KERJA 1955 (PINDAAN 2012)



Rang Undang-Undang ini bertujuan untuk meminda Akta Kerja 1955 (“Akta 265”). Tujuan utama Rang Undang-Undang ini adalah untuk menghendaki pembayaran gaji pekerja termasuk pembantu rumah dibuat dengan memasukkannya ke dalam akaun bank, untuk mengadakan peruntukan mengenai pendaftaran maklumat yang berhubungan dengan pembekalan pekerja oleh kontraktor tenaga kerja, untuk menghendaki maklumat berkenaan dengan penamatan perkhidmatan pembantu rumah asing dan pekerja asing untuk dikemukakan dan untuk memperuntukkan bagi siasatan mengenai aduan gangguan seksual.

Fasal 1

Mengandungi tajuk ringkas dan kuasa Menteri untuk menetapkan tarikh permulaan kuat kuasa Akta yang dicadangkan.  

Fasal 2

Bertujuan untuk meminda seksyen 2 Akta 265 untuk memasukkan takrif baru dan untuk meminda takrif tertentu yang digunakan dalam Akta 265. Takrif “waktu bersalin” dipinda untuk membolehkan pekerja wanita yang hamil untuk menikmati perlindungan bersalin di bawah Akta 265 seawal dua puluh dua minggu kehamilan sekiranya berlaku kemungkinan seperti kelahiran pramatang atau keguguran.
Antara takrif baru yang dimasukkan ialah takrif ”kontraktor tenaga kerja” sebagai orang yang bertanggungjawab bagi pembekalan pekerja Dan takrif ”gangguan seksual” bagi maksud siasatan aduan gangguan seksual di bawah Bahagian baru XVa Akta 265.

Fasal 3

Bertujuan untuk meminda seksyen 4 Akta 265 untuk memasukkan  keputusan atau perintah yang dibuat di bawah seksyen 69b, 69c dan subseksyen 81d(4) sebagai keputusan atau perintah yang tidak boleh dirayukan kepada Ketua Pengarah oleh mana-mana orang yang terjejas oleh keputusan atau perintah itu.

Fasal 4

Bertujuan untuk meminda seksyen 19 Akta 265 untuk memberi majikan tempoh yang munasabah bagi membayar gaji pekerjanya yang bekerja pada hari rehat, cuti am yang diwartakan dan bagi kerja lebih masa, tidak lewat daripada hari terakhir tempoh gaji yang berikutnya.

Fasal 5

Bertujuan untuk meminda seksyen 22 Akta 265 untuk meluaskan pemakaian seksyen ini untuk membenarkan pembayaran pendahuluan dibuat kepada pekerja bagi pelbagai maksud seperti pembayaran perbelanjaan harian dan perbelanjaan lain yang perlu bagi membiayai keperluan pekerja dan anggota keluarga terdekatnya.

Fasal 7

Bertujuan untuk meminda seksyen 25 Akta 265 untuk mewajibkan majikan untuk membuat pembayaran gaji kepada pekerjanya termasuk pembantu rumah ke dalam akaun pekerja itu di bank, syarikat kewangan, institusi kewangan atau institusi lain yang dilesenkan atau ditubuhkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 [Akta 372] atau mana-mana undang-undang bertulis yang lain.

Fasal 8

Bertujuan untuk meminda seksyen 25a Akta 265 untuk mengadakan pengecualian bagi seksyen 25 yang membolehkan pembayaran gaji pekerja dibuat dalam bentuk wang diperakukan sah atau cek dengan syarat terdapat persetujuan bertulis daripada pekerja bagi pembayaran dibuat dengan cara sedemikian dan dalam hal pembantu rumah, majikan hendaklah memperoleh kebenaran Ketua Pengarah.

Fasal 9

Fasal 10

Fasal 11

Bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 33a ke dalam Akta 265 untuk mengenakan kewajipan ke atas kontraktor tenaga kerja yang berniat untuk membekalkan pekerja atau mengaku janji untuk membekalkan pekerja, untuk mendaftar dengan Ketua Pengarah dalam borang yang ditetapkan dalam tempoh empat belas hari sebelum membekalkan pekerja itu. Pindaan ini juga menghendaki kontraktor tenaga kerja untuk menyimpan atau menyenggara maklumat mengenai pekerja yang dibekalkannya dalam suatu daftar dan daftar itu hendaklah disediakan bagi tujuan pemeriksaan. Pelanggaran kehendak-kehendak ini menjadi kesalahan di bawah Akta 265. Tujuan seksyen baru ini dimasukkan adalah untuk memantau pembekalan pekerja oleh kontraktor tenaga kerja.

Fasal 12

Bertujuan untuk meminda seksyen 37 untuk menjelaskan peruntukan yang berhubungan dengan kelayakan cuti bersalin dan elaun bersalin seseorang pekerja wanita. Dengan pindaan ini, majikan yang menamatkan perkhidmatan pekerja wanita semasa tempoh pekerja wanita itu layak untuk mendapat cuti bersalin dengan syarat penamatan itu tidak disebabkan oleh penutupan perniagaan majikan itu, hendaklah dihukum.

Fasal 13

Bertujuan untuk meminda seksyen 40 Akta 465 berbangkit daripada cadangan pindaan kepada seksyen 37 yang berhubungan dengan penamatan perkhidmatan pekerja wanita semasa tempoh pekerja wanita itu layak untuk mendapat cuti bersalin.

Fasal 14

Fasal 15

Bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 44a ke dalam Akta 265 untuk meluaskan pemakaian Bahagian IX bagi setiap pekerja wanita tidak mengira gajinya. Dengan pindaan ini, setiap pekerja wanita yang diambil kerja di bawah kontrak perkhidmatan layak mendapat cuti bersalin dan elaun bersalin yang diperuntukkan di bawah Akta 265 tidak mengira gajinya.

Fasal 16

Bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 57a dan 57b ke dalam Akta 265 untuk mengenakan kewajipan ke atas majikan untuk memaklumkan Ketua Pengarah mengenai pengambilan kerja dan penamatan perkhidmatan pembantu rumah asing mereka. Maklumat yang diperoleh Ketua Pengarah akan membantu Kerajaan untuk memantau pengambilan kerja pembantu rumah asing. Kegagalan untuk memaklumkan Ketua Pengarah seperti yang dikehendaki oleh seksyen ini adalah kesalahan di bawah Akta 265.

Fasal 17 

Fasal 18

Bertujuan untuk meminda perenggan 60(3)(b) Akta 265 untuk mengadakan peruntukan mengenai pembayaran gaji kepada pekerja yang dibayar gaji mingguan kerana bekerja pada hari rehat.

Fasal 19

Bertujuan untuk meminda seksyen 60d Akta 265 untuk memasukkan  Hari Malaysia yang jatuh pada 16 September setiap tahun sebagai suatu hari kelepasan am diwartakan yang mandatori yang baginya seseorang pekerja layak diberi hari kelepasan berbayar pada kadar gajinya yang biasa. Dengan pindaan ini juga, jika hari kelepasan am yang disebut dalam perenggan 60d(1)(a) dan (b) jatuh pada hari kelepasan am lain yang telah diberikan oleh majikan atau hari kelepasan am yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan di bawah perenggan 60d(1)(a) dan (b), hari bekerja berikutnya yang terdekat dengan hari kelepasan am yang telah diberikan oleh majikan atau hari kelepasan am yang telah diisytiharkan oleh Kerajaan di bawah perenggan 60d(1)(a) dan (b) hendaklah menjadi hari kelepasan am berbayar.

Fasal 20

Bertujuan untuk meminda seksyen 60i Akta 265 untuk meluaskan pengiraan kadar gaji yang biasa bagi pekerja yang diambil kerja dengan kadar gaji mengikut jam.
 

Fasal 21

Bertujuan untuk meminda seksyen 60k Akta 265 dengan memasukkan subseksyen (3) yang baru untuk mengenakan kewajipan ke atas majikan untuk memaklumkan Ketua Pengarah mengenai penamatan perkhidmatan pekerja asingnya. Maklumat yang diperoleh majikan di bawah seksyen ini akan membantu Kerajaan dalam memantau pengambilan kerja pekerja asing. Kegagalan untuk memaklumkan Ketua Pengarah seperti yang dikehendaki oleh seksyen ini adalah suatu kesalahan di bawah Akta 265.
 

Fasal 22

Bertujuan untuk meminda seksyen 69 Akta 265 berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada takrif “kontraktor” dan “sub-kontraktor tenaga kerja”.

Fasal 23

Bertujuan untuk meminda subseksyen 69b(1) untuk menaikkan had gaji pekerja daripada satu ribu lima ratus ringgit sebulan kepada dua ribu ringgit sebulan bagi maksud penyiasatan aduan oleh Ketua Pengarah.
 

Fasal 27

Bertujuan untuk memasukkan Bahagian baru XVa ke dalam Akta 265 yang memperkatakan aduan gangguan seksual.

Seksyen 81a menjelaskan maksud istilah “aduan gangguanseksual”.

Seksyen 81b mengenakan kewajipan ke atas majikan untuk menyiasat aduan gangguan seksual mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri.

Seksyen 81c memperkatakan dapatan siasatan aduan gangguan seksual oleh majikan.

Seksyen 81d memperkatakan aduan gangguan seksual yang dibuat secara terus kepada Ketua Pengarah dan keputusan beliau terhadap siasatan aduan itu. Menurut seksyen ini, jika aduan gangguan seksual dibuat terhadap majikan yang merupakan pemilik tunggal, Ketua Pengarah hendaklah menyiasat sendiri aduan itu mengikut cara yang ditetapkan oleh Menteri dan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah di bawah seksyen ini hendaklah dimaklumkan kepada pengadu secepat yang dapat dilaksanakan.

 Seksyen 81e mengadakan peruntukan mengenai kesan keputusan yang dibuat oleh Ketua Pengarah jika Ketua Pengarah memutuskan bahawa gangguan seksual telah dibuktikan.

Seksyen 81f memperkatakan kesalahan di bawah Bahagian ini.  

Seksyen 81g memperuntukkan bahawa Bahagian ini hendaklah terpakai kepada semua pekerja tidak mengira gaji mereka.

Fasal 28

Bertujuan untuk meminda seksyen 82 Akta 265 supaya selaras dengan peruntukan di bawah Kanun Tatacara Jenayah berhubung dengan penyampaian saman.
 

Fasal 29

Bertujuan untuk meminda seksyen 86 Akta 265 berbangkit daripada pindaan yang dicadangkan kepada seksyen 4.
 

Fasal 30

Bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 90a ke dalam Akta 265 untuk membuat peruntukan mengenai perlindungan pegawai yang dilantik di bawah Akta 265 daripada apa-apa tindakan undang-undang berkenaan dengan apa-apa tindakan yang dilakukan dengan suci hati semasa menjalankan tugas mereka. 

Fasal 31

Bertujuan untuk meminda seksyen 101a Akta 265 untuk memberi pegawai selain Ketua Pengarah dan Timbalan Ketua Pengarah kuasa untuk mengkompaun apa-apa kesalahan yang dilakukan di bawah Akta 265 dengan syarat pegawai itu diberi kuasa secara bertulis oleh Ketua Pengarah untuk berbuat demikian.
 

Fasal 32

Bertujuan untuk memasukkan seksyen baru 101b ke dalam Akta 265 untuk menjadikan pengarah, pengurus, rakan kongsi dan pemegang jawatan kesatuan sekerja bertanggungan secara bersesama atau berasingan bagi apa-apa kesalahan yang dilakukan oleh establismen mereka.
 

Fasal 33

Bertujuan untuk meminda seksyen 102 Akta 265 untuk memberi Menteri kuasa untuk membuat peraturan-peraturan mengenai perkara yang berhubungan dengan fi, pengambilan kerja pekerja asing khususnya di bawah seksyen 60k, perkara berhubungan dengan penyiasatan aduan gangguan seksual dan terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan pembantu rumah.



Pindaan lain yang tidak diperkatakan dengan khusus dalam Huraian ini merupakan pindaan yang kecil atau berbangkit.



IMPLIKASI KEWANGAN

Rang Undang-undang ini tidak akan melibatkan Kerajaan dalam perbelanjaan wang tambahan.

Thursday 12 July 2012

DRAFTING EMPLOYMENT CONTRACT

Ada yang sukakan yang ringkas dan simple, ada yang selesa dengan detail, ada yang mahukan satu mukasurat ada yang berhelai-helai halaman..... itulah delima apabila seseorang wakil majikan untuk memikirkan bagaimana untuk mengeluarkan Surat Tawaran Kerja...


Disini penulis blog ingin berkongsi bagaimana untuk menghasilkan satu surat tawaran kerja yang berkesan.


Sebelum menulis Surat Tawaran Kontrak Pekerjaan, andalah terlebih dahulu harus memahami beberapa akta yang disenaraikan dibawah, supaya setiap perkara yang ditulis adalah tidak bercanggah dengan peruntukan menimum yang diWAJIABkan oleh pihak berkuasa dan perundangan negara, iaitu;

1. Employement Act 1955 ( bagi semenanjung Malaysia dan wilayah-wilayah persekutuan)
2. East Malaysia Labour Ordinance ( Bagi Sabah dan Sarawak)
3. Industrial Relation Act 1955
4. Trade Union Act 1959
5. EPF Act
6. SOCSO Act
7. OSHA Act 1980
8. Wage Act 1980
9. TLOB 1980
10. Part Time Regulation 2010
Sesuatu Surat Tawaran yang ingin dikeluarkan haruslah berbeza dan mengetahui ciri-ciri tawaran yang ingin tawarkan. Terdapat empat jenis Surat Tawaran Pekerjaan yang harus anda kenalpasti, iaitu;

1. Open Term Contract
2. Fixed Term Contract
3. Part Time Employement Contract
4. Casual Employment Contract.

Setiap satu diatas ada perincian atau dihuraikan didalam Akta Kerja 1955.

Open contract shall observe the following;-
1. No stipulation of date expiry contract
2. Will be termed as "permanent" employment
3. Termination by notice only for employee

When drafting an open or fixed term contract, the following MUST be put as part a STANDARD CONTRACT TERMS

1. Job Title / Grade / Category
2. Date of commencement
3. Duration of employment
4. Salary and other monies
5. Place of work
6. Nuture of job
7. Probationary period and provisions
8. Working hours
9. Transfer and assignment provisions
10. Termination Regulations 
11. Rest Day entitlement
12. Leave Entitlement
13. Holiday Entitlement
14. Dismissal Regulations
15. Work ethics regulation
16. Code of conduct regulation
17. Complaince to company handbook (if necessary)
18. Retirement clause and provision
19. Non- soliciting terms
20. Non disclosure terms
21. Statutory terms
22. Non statutory benefit entitlement

The structure of contract applies to open contract and fixed contract are same, the ONLY term that differs are the period of employment and termination procedures. In the open contract, notice of termination shall apply ONLY for employee. In a fixed contract, termination clause CAN apply to both parties - (termination simpliciter section 11 (1)).