Thursday 11 October 2012

RETRENCHMENT, VSS ATAU MSS !!!



Salam,
Dulu-dula  setiap kali terdapat revolusi ekonomi dunia yang turun naik, ianya akan memberi kesan kepada dunia HR. Kebiasaan nya semasa ekonomi merundung ke bawah banyak syarikat akan gulung tikar, mengecilkan saiz perniagaan, percatuman beberapa bahagian, penyusunan structure syarikat dan sebagainya.
Senario yang jarang-jarang ditemuai dalam hal ehwal pengurusan HR ini mungkin merupakan cabaran untuk kakitangan HR menghadapi setuasi begini, tambah-tambah pula dalam urusan pembuangan kakitangan. Bersedia atau tidak sebagai seorang HR didalam sesubuah organisasi kita harus teruskan juga, tetapi harus ingat setiap langkah yang kita ambil haruslah mengikuti garispanduan dan tidak menyelahi perundangan negara kerana sekiranya tersilap langkah perkara ini boleh dirujuk ke JTK dan juga IR.        
Terdapat beberapa istilah untuk pembuangan atau penamatan pekerjaan ini, seperti retrenchment, VSS, MSS dan sebagainya, yang paling popular dikalangan masyarakat kita adalah istilah VSS.
Sekarang  retrenchment , VSS dan MSS bukan sahaja dipengaruhi oleh ekonomi dunia sahaja, Dunia bergerak pantas dalam era tranformasi khasnya di negara kita ini. Perubahan teknologi, peningakatan taraf pendidikan dan gaya hidup masyarakat Malaysia sendiri, dan dasar-dasar kerajaan boleh mempengaruhi scenario di atas.
Sebagai seorang HR, anda harus mengetahui mengetahui apa yang harus dibuat, kerana ianya mungkin berlaku di organisasi anda pada bila-bila masa.
  
Retrenchment
Perlu dilaksanakan pada keseluruhan organisasi atau sekurang-kurangnya bahagian yang terjejas. Langkah terakhir yang perlu diambil setelah beberapa perkara telah di ambil dan dipertimbangkan .
Klik disini untuk mengetahui lanjut dan panduan daripada Persatuan Majikan-Majikan Malaysia / MEF

VSS - Voluntary Separation Scheme.
Sama juga macam retrenchment, cuma majikan offer pada semua, terpulanglah samada anda mahu terima tawaran dengan pampasan atau tidak.

MSS - Mutual Separation Scheme.
Lebih kurang sama dengan VSS juga tetapi MSS adalah ditawarkan kepada insan terpilih dan  bertuah yang mendapat "DURIAN RUNTUH", mereka  akan ditawarkan oleh syarikat  dengan pakej pampasan. Biasanya company akan pilih dikalangan orang yang “ gaji paling besar”,  pengetahuan  teknologi paling lapuk”, skill paling purba, atau prestasi paling tidak diinginkan oleh majikan. Ia biasa nya ditawarkan kepada golongan upper level seperti pengarah, pengurus kanan, pengurus, eksekutif atau  penyelia kerana golongan ini adalah antara yang bergaji besar dan memerlukan skill dan pengetahuan yang updated.
 
Sama ada sesebuah organisasi tersebut perlu memilih Retrenchment atau VSS/MSS adalah bergantung pada situasi yang sesuai dengan objektif yang ingin dicapai. AWAS!!! jangan apa pun keputusan yang dibuat haruslah dilaporkan kepada JTK yang terdekat.


No comments: