- Membuat Laporan polis
- Membuat laporan kepada Jabatan Tenaga Kerja (JTK)
- Majikan perlu hadir ke Pejabat Imigresen untuk melaporkan pekerja lari daripada majikan.
Prosedur Imigresen
Majikan perlu mengemukakan dokumen-dokumen berikut bagi membatalkan PL(KS) pekerja bagi kes lari:
- Surat permohonan membatalkan Pas Lawatan (Kerja Sementara) PL(KS) pekerja asing yang melarikan diri
- Salinan kad pengenalan majikan
- Pasport asal/salinan pasport pekerja yang melarikan diri.
- Borang Laporan Pekerja Asing Melarikan Diri dari Majikan yang dikeluarkan oleh Jabatan Imigresen Malaysia
- Salinan laporan polis yang disahkan.
TINDAKAN KEPADA MAJIKAN
- Pekerja asing yang melarikan diri daripada majikan akan disenaraihitamkan.
- Majikan dikehendaki menjelaskan wang jaminan/sita pada kadar personal bond yang telah ditandatangani semasa permohonan. Bayaran sita adalah tertakluk kepada warganegara Indonesia RM250.00, Bangladesh RM500.00,Myanmar RM750.00, Vietnam RM1500.00.
- Majikan masih lagi bertanggungjawab terhadap pekerja seandainya majikan gagal untuk membuat laporan bagi pekerja yang telah melarikan diri daripada majikan.
- Majikan tidak boleh membuat tuntutan balik wang jaminan seandainya majikan ingin membuat pembatalan laporan lari bagi kes pekerja lari yang telah kembali bekerja dengan majikan yang sama semula.
No comments:
Post a Comment