Saturday 17 November 2012

10 tips RAHSIA pekerja cemerlang




Kita akan merasa kecewa apabila usaha sepanjang tahun yang kita korbankan sepenuh hati dan bekerja keras demi mencapai matlamat boss dan syarikat tetapi dinilai biasa-biasa sahaja oleh boss apabila tibanya Performance Appraisal. Kita mungkin akan merasa marah sekiranya kita mendapat tahu rakan sebelah meja kita yang lebih banyak mengular, tiada semangat teamwork, banyak berkira dalam banyak hal tetapi mendapat rezeki yang lebih daripada kita apabila performance appraisal berlaku. Di ruangan blog ini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk mengambil perhatian boss secara betul, bukan sekadar "BODEK".    

1. Beyond Expectation
Lakukan segala tugasan kita diluar jangkaan boss iaitu buat apa lebih dari apa yang bos minta. Contohnya sesuatu tugasan bos suruh siapkan esok, sebolehnya siapkan tugasan tu hari ini.

2. Tahu apa kemahuan bos 
Perihatin dengan style pengurusan boss, kita seharusnya tahu cara-cara kerja beliau, standard dan sifat ataupun kemahuan, kemudian kita sesuaikan dengan diri kita. Sekiranya kamu mempunyai pendapat Boss yang harus sesuaikan diri dengan staff mereka, itu adalah pendapat yang salah dan harus diperbetulkan dengan segera. 

3. Boss tidak gemar di bodek dengan "Yes Boss" 
Kita semestinya harus menghormati boss kita, tetapi dalam sesuatu keadaan atau situasi kita mesti berkata "tidak" dan haruslah memberi jawapan/alasan yang konkrit bagi menyokong pendapat tu. Kadang-kadang  boss suka orang yang macam ini. Bukan sekadar sentiasa "Yes Boss" tetapi tidak dapat deliver seperti yang diharapkan. Boss memerlukan kakitangan mereka yang berpendirian, berani dan berfikir sebelum bertindak.

4. Berani untuk bercakap
Speak up!!! Tapi pastikan apa yang kita cakapkan berdasarkan kita punya kepakaran. Jangan terlalu diam bila bermesyuarat bersama bos. Lontaran idea-idea yang bernas.

5. Bos selalunya bersendirian 
Boss juga manusia seperti kita, kadang-kadang dia perlukan kawan. Luangkan masa sesekali bersama boss. Dengan ini, kita lebih dapat peluang untuk mengetahui dengan lebih dekat personaliti dan gaya bos kita.

6. Kemahiran dalam komunikasi dengan Boss
Sekiranya boss sedang naik angin dan marah, jangan kita pun sibuk nak mempertahankan diri mengatakan kita tak bersalah. Ingat cara ini tidak akan berhasil. Biar boss marah dulu, kita dengar saja. Bila selesai baru kita terangkan situasi sebenar.

7. Jangan suka menipu 
Setiap boss memerlukan kakitangannya yang jujur. Jangan sesekali menimbulkan ketidak percayaan dia terhadap kita, kerana ia akan mewujudkan jurang lebih besar antara kita dan bos.

8. Sentiasa bersikap positif
Jangan mengeluh jika diberi sesuatu tugasan. Berfikiran positif kerana hanya boss yang tahu kebolehan dan X factor yang ada pada kita. Jadi,anggaplah tugasan itu sebagai satu penghargaan dan belajar sesuatu yang baru.

9. Mestilah rajin
Be smart dan mempunyai sense of urgency.

10. Sentiasa senyum
Ingat semua orang ada masalah di dunia ini. Kalau kita berselisih faham dengan boss, jangan terlalu tunjuk dan pandai pandailah mengasingkan masalah peribadi dan urusan kerja. 

Moral
i. Tuhan merestui untuk kita mendapatkan rezeki lebih secara jalan yang halal dan betul.
ii. Bukan "Pengorbanan Sebenar" sekiranya pengorbanan yang dilakukan untuk dihargai.