
PENGENALAN
Seetiap pekerja adalah berhak kepada sejumlah hari cuti minimum di bawah kontrak perkhidmatannya seperti yang ditentukan di bawah Akta Kerja, 1955.
Jenis-jenis cuti yang terdapat di dalam Akta tersebut ialah :-
1. Cuti Rehat Mingguan
2. Cuti / Perlepasan Am / Umum ( Public Holiay)
3. Cuti Tahunan4. Cuti Sakit
5. Cuti Bersalin
1. CUTI REHAT MINGGUAN
Setiap pekerja adalah berhak kepada satu hari cuti rehat dalam setiap minggu yang akan ditetapkan oleh majikan. Dimana seseorang pekerja diberi lebih daripada satu hari cuti rehat dalam seminggu, hari kedua daripada hari-hari tersebut akan dianggap sebagai hari rehat bagi tujuan Akta ini.
Seseorang majikan dikehendaki menyediakan suatu jadual giliran memberitahu setiap pekerja tentang hari cuti rehatnya pada awal setiap bulan. Walaubagaimanapun satu notis hendaklah dipamirkan di suatu tempat yang mudah dilihat di tempat pekerjaan sekiranya hari yang sama dalam setiap minggu dipilih sebagai hari cuti rehat untuk semua pekerja.
Dalam keadaan biasa, pengumpulan cuti rehat adalah tidak dibenarkan. Walau bagaimanapun, dalam keadaan tertentu (misalnya;tempat pekerjaan adalah jauh di pedalaman dan perjalanan balik ke kediaman mengambil masa yang lama) majikan boleh memohon kelulusan daripada Menteri Sumber Manusia bagi membolehkan seseorang
pekerja mengumpul cuti rehatnya bagi bulan itu. Bagi seorang pekerja syif suatu tempoh rehat selama 30 jam berterusan boleh dianggap sebagai 1 hari cuti rehat.
Kelayakan cuti rehat tidak terpakai dalam tempoh seseorang pekerja itu:
1. Sedang cuti bersalin
2. Sendapat cuti sakit
3. Mengalami hilang upaya sementara di bawah Akta Pampasan Pekerja 1952 atau Akta
Kerja pada hari cuti rehat mingguan Seseorang pekerja yang dikehendaki bekerja pada hari cuti rehat hendaklah dibayar tidakkurang daripada kadar berikut:-
1. Setengah (0.5) hari pada kadar Upah ORP untuk bekerja setengah hari
2. Satu (1) hari pada kadar upah ORP untuk satu hari penuh
3. Dua (2) kali upah ORP sejam bagi setiap jam untuk selepas waktu kerja normal/biasa
Untuk pemahaman lebih detail / maklumat lanjut sila baca topic “KADAR BAYARAN OVERTIME MENGIKUT AKTA KERJA 1955”
2. CUTI KELEPASAN AM / UMUM ( PUBLIC HOLIDAY )
Setiap pekerja berhak mendapat 11 hari cuti kelepasan am bagi setiap tahun kalendar yang dipilih daripada semua cuti kelepasan am yang diwartakan untuk tahun itu. 11 hari yang tersebut mestilah termasuk lima hari yang berikut:-
1.Hari Kebangsaan
2.Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agon
3.Hari Keputeraan Sultan atau Yang Di-Pertua Negeri atau Hari Wilayah Persekutuan
4.Hari perayaan Pekerja
4.Hari perayaan Pekerja
5. Hari Malaysia (Malaysia Day)
Baki 6 hari yang lain boleh dipilih oleh majikan dan hari-hari tersebut ke kemudiannya hanya boleh ditukar ganti dengan persetujuan pekerja. Majikan mesti mempamirkan satu notis di tempat pekerjaan menyatakan 6 hari yang dipilih tersebut sebelum bermulanya setiap tahun kalendar yang berkenaan.
Jika cuti kelepasan am jatuh pada hari cuti rehat mingguan, hari kerja berikutnya bagi seseorang pekerja hendaklah digantikan sebagai hari kelepasan am bergaji.
Kerja Pada Hari Kelepasan Am
Seseorang pekerja boleh dikehendaki bekerja oleh majikannya pada hari cuti kelepasan am yang ditetapkan di bawah kontrak perkhidmatannya dan untuk kerja-kerja tersebut ia perlu dibayar pada kadar tidak kurang daripada yang berikut :
1. Dua (2) hari pada kadar Upah ORP untuk bekerja setengah hari
2. Dua (2) hari pada kadar upah ORP untuk satu hari penuh
3. Tiga (3) kali upah ORP sejam bagi setiap jam untuk selepas waktu kerja normal/biasa
NOTA : 1 DAN 2 ADALAH DIBAYAR DENGAN KADAR YANG SAMA
Jika mana-mana cuti kelepasan am jatuh pada hari dimana pekerja bekerja 1/2 hari, kadar gaji biasa hendaklah dibayar mengikut hari kerja penuh.
3. CUTI TAHUNAN
Seseorang pekerja berhak mendapat cuti tahunan minimum berasaskan tempoh perkhidmatannya seperti berikut:-
• kurang 2 tahun - 8 hari setahun
• 2 tahun tapi kurang 5 tahun - 12 hari setahun
• 5 tahun atau lebih - 16 hari setahun
Seseorang pekerja yang tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan munasabah melebihi daripada 10 peratus daripada hari bekerja sepanjang l2 bulan perkhidmatan secara berterusan, tidak berhak mendapat cuti tahunan bagi tempoh tersebut.
Seseorang pekerja hendaklah mengambil cuti tahunannya tidak lewat daripada 12 bulan selepas berakhirnya 12 bulan perkhidmatan berterusan, jika tidak cutinya akan luput. Jika atas permintaan majikannya ia bersetuju secara bertulis untuk tidak mengambil cuti tahunan tersebut ia hendaklah dibayar gaji ganti cuti tahunan.
Apabila seseorang pekerja yang sedang mengambil cuti tahunan kemudiannya berhak mendapat cuti sakit atau cuti bersalin, cuti tahunan tersebut hendaklah dianggap sebagai belum diambil.
Kadar bayaran cuti tahunan:
• Bayaran cuti tahunan hendaklah dibayar berasaskan kadar gaji biasa.
• Pekerja gaji bulanan dianggap telah menerima gali cuti tahunannya jika ia dibayar gaji
bulanan dengan penuh dalam bulan berkenaan.
4. CUTI SAKIT
Seseorang pekerja berhak mendapat cuti sakit minimum seperti berikut:-
• kurang 2 tahun - 14 hari setahun
• 2 tahun tapi kurang 5 tahun - 18 hari setahun
• 5 tahun atau lebih - 22 hari setahun
Cuti sakit dibawah diatas termasuk cuti sakit yang diberi oleh Doktor Pergigian. Seseorang pekerja berhak mendapat 60 hari cuti sakit secara agreget jika ia perlu dimasukkan ke hospital. Jika pekerja mengambil cuti sakit di bawah (5.1), haknya ke atas 60 hari tersebut akan dikurangkan mengikut hari cuti sakit biasa yang diambil.
Contoh:
• A telah mengambil 14 hari cuti sakit biasa. Oleh itu haknya untuk cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital ialah seperti berikut:-
Kelayakan cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 60 hari
Jumlah cuti sakit biasa yang diambil = 14 hari
Kelayakan cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 60 hari
Jumlah cuti sakit biasa yang diambil = 14 hari
Baki cuti sakit kerana dimasukkan ke hospital = 46 hari
• Jika A telah dimasukkan ke hospital selama 60 hari dalam satu tahun kalendar, beliau tidak lagi berhak kepada cuti sakit biasa.
Jika seseorang pekerja mengambil cuti sakit:
• tanpa pengesahan doktor, atau
• disahkan oleh seorang doktor tetapi ia gagal memberitahu majikan dalam tempoh 48
jam ia mula bercuti,
ia dianggap sebagai tidak hadir bekerja tanpa kebenaran majikannya dan tanpa alasan yang
munasabah.
Kadar bayaran cuti sakit bergaji ialah:
Jumlah hari cuti sakit X kadar gaji biasa
Seseorang pekerja tidak layak mendapat cuti sakit bergaji bagi tempoh ia menerima:
• elaun bersalin.
• pampasan kerana hilang upaya dibawah Akta Pampasan Pekerja, 1952.
• apa-apa bayaran berkala disebabkan hilangupaya sementara di bawah Akta
Keselamatan Sosial Pekerja, 1969.
5 CUTI BERSALIN
Butir-butir mengenai cuti bersalin ada dijelaskan dibawah tajuk Penggajian Pekerja Wanita.
No comments:
Post a Comment