Tuesday, 26 June 2012

PEKERJA SAMBILAN DAN SEPARA MASA

SOAL JAWAB BERKAITAN PERATURAN-PERATURAN KERJA (PEKERJA SEPARA MASA) 2012




Melalui satu kajiselidik yang dilakukan, ramai dikalangan orang ramai dan juga HR yang kurang peka mengenai hak dan had pengambilan pekerja untuk part time (separa masa atau sambilan). Skop pengambilan dan penggajian part timer adalah dilindungi dibawah akta kerja 1955, dibawah adalah persoalan-persolan yang dapat dikongsi bersama dengan pelawat blog HR NETWORK MALAYSIA.




1. Apakah definisi Pekerja Separa Masa?

Pekerja Separa Masa di dalam peraturan ini adalah mereka yang bekerja antara 30% tetapi tidak melebihi 70% daripada waktu bekerja pekerja sepenuh masa. Sebagai contoh, waktu pekerja sepenuh masa adalah 8 jam sehari maka Pekerja Separa Masa adalah mereka yang bekerja di antara 2.4 jam hingga 5.6 jam sehari; bagi situasi di mana waktu bekerja sepenuh masa adalah 48 jam seminggu, maka Pekerja Separa Masa adalah mereka yang bekerja di antara 14.4 jam hingga 33.6 jam seminggu.

2. Bagaimana mereka yang bekerja kurang daripada 30% daripada jumlah waktu bekerja biasa?



Pekerja yang bekerja kurang daripada 30% daripada jumlah waktu bekerja biasa adalah ditakrifkan sebagai pekerja  tertakluk di bawah skop peraturan ini.

3. Bagaimana dengan mereka yang bekerja lebih daripada 70% hingga 100% daripada jumlah waktu bekerja biasa?

Pekerja yang bekerja lebih daripada 70% hingga 100% ( daripada jumlah waktu bekerja biasa adalah dianggap sebagai pekerja sepenuh masa dan dilindungi di bawah Akta Kerja 1955. catching period)

4. Apakah yang dimaksudkan dengan “catching period”?

Catching period

bekerja melebihi waktu kerjanya namun masih berada dalam tempoh waktu bekerja biasa pekerja sepenuh masa adalah tempoh masa bekerja pekerja separa masa.

5. Apakah jenis-jenis pekerjaan yang jatuh di bawah skop perlindungan Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010?

Semua jenis pekerjaan kecuali yang dinyatakan di bawah Peraturan 3, eraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010, iaitu:
apabila diperlukan, dan yang masa kerjanya dalam seminggu tidak melebihi 30% daripada masa kerja yang biasa seseorang pekerja sepenuh masa dalam seminggu (yang juga dikenali sebagai pekerja pekerja yang bekerja secara sekali sekala atau tidak tetap, hanya kediaman mereka sendiri (yang juga dikenali sebagai pekerja bekerja di rumah).


6. Apakah majikan perlu membuat caruman KWSP dan PERKESO untuk Pekerja Separa Masa?

Ya. Majikan perlu membuat caruman KWSP dan PERKESO untu Pekerja Separa Masa.

7. Apakah majikan perlu membuat caruman di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001 untuk Pekerja Separa Masa?

Majikan dikecualikan daripada membuat caruman di bawah Akta Pembangunan Sumber Manusia Berhad (PSMB) 2001.

8. Adakah Pekerja Separa Masa layak untuk mendapat hari rehat?

Ya, Pekerja Separa Masa layak untuk mendapat hari rehat dengan syarat,mereka perlu bekerja 5 hari atau lebih dengan waktu bekerja tidak kurang daripada 20 jam seminggu.

9. Adakah Pekerja Separa Masa layak mendapat bayaran kerja lebih masa pada hari biasa dan jika layak, apakah kadar bayarannya?

Pekerja Separa Masa layak mendapat bayaran kerja lebih masa jika mereka bekerja lebih daripada waktu bekerja biasa mereka seperti berikut:
i. bekerja dalam tempoh 70% hingga 100%  bekerja pekerja biasa ini adalah untuk mengelakkan Pekerja Separa Masa daripada mendapat faedah lebih daripada pekerja sepenuh masa pada kadar bayaran ikut jam untuk setiap jam jika mereka ......

ii. bekerja melebihi waktu kerja pekerja sepenuh masa (ini bermaksud mereka layak seperti pekerja sepenuh masa).   1½ kali ganda kadar bayaran mengikut jam bekerja jika mereka

10. Adakah Pekerja Separa Masa layak mendapat bayaran untuk kerja pada hari kelepasan am dan bayaran lebih masa dan jika layak, apakah kadar bayarannya?

Pekerja Separa Masa layak mendapat bayaran pada kadar 2 hari gaji sebagai tambahan kepada bayaran hari kelepasan yang dia berhak untuk kerja pada hari kelepasan am dan bayaran kerja lebih masa adalah seperti berikut:

i. lebih masa tetapi dalam tempoh 70% hingga 100% ( period...
  
ii. ialah 3 kali ganda kadar bayaran mengikut jam jika mereka bekerja
lebih masa melebihi waktu kerja pekerja sepenuh masa.
ialah 2 kali ganda kadar bayaran mengikut jam jika mereka bekerjacatching) waktu bekerja pekerja biasa.

11. Adakah Pekerja Separa Masa layak mendapat bayaran untuk kerja pada hari rehat dan bayaran lebih masa dan jika layak, apakah kadar bayarannya?

Pekerja Separa Masa layak mendapat bayaran pada kadar 2 hari gaji pada kadar bayaran biasanya untuk kerja pada hari rehat dan bayaran kerja lebih masa jika mereka bekerja adalah seperti berikut:
i. bekerja lebih masa tetapi dalam tempoh 70% hingga 100% ialah 1½ kali ganda kadar bayaran mengikut jam jika merekacatching period) waktu bekerja pekerja bias
ii. lebih masa melebihi waktu kerja pekerja sepenuh masaialah 2 kali ganda kadar bayaran mengikut jam jika mereka bekerja

12. Adakah Pekerja Separa Masa layak mendapat faedah penamatan kerja sekiranya diberhentikan?

Pekerja Separa Masa tidak layak untuk mendapat bayaran faedahpenamatan kerja, ini kerana mereka dikecualikan daripada Peraturan-Peraturan Kerja (Faedah-Faedah Penamatan dan Rentikerja Sentara)1980.

13. Apakah denda atau penalti yang boleh dikenakan sekiranya majikan tidak memberi faedah serta tidak mematuhi Peraturan-Peraturan Kerja (Pekerja Separa Masa) 2010?

Majikan yang tidak mematuhi peraturan ini, dan jika didapati bersalah boleh dikenakan denda tidak melebihi RM10,000 bagi setiap satu kesalahan. 

14. Adakah Pekerja Separa Masa layak mendapat cuti dan elaun bersalin?

Pekerja Separa Masa adalah layak untuk cuti bersalin namun mereka tidak layak untuk menerima elaun cuti bersalin.

15. Adakah kakitangan Kerajaan boleh melakukan kerja separa masa selepas waktu kerja tetap?

Ya, kakitangan Kerajaan boleh bekerja separa masa selepas waktu kerja tetap. Ini adalah berdasarkan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) Pindaan 2002 bahawa pegawai-pegawai perkhidmatan awam yang ingin melakukan pekerjaan luar hendaklah terlebih dahulu mendapat kebenaran bertulis daripada ketua jabatan masing- masing. Peraturan 5, Peraturan-Peraturandan Peraturan-,

16. Adakah majikan dibenarkan untuk menggajikan pekerja asing sebagai Pekerja Separa Masa?



Tidak, kerana pekerja asing hanya dibenarkan bekerja dengan majikan yang diingatkan di dalam
yang dinyatakan di dalam permit kerja mereka sahaja.

17. Majikan yang manakah yang akan menanggung pemberian faedah di bawah PERKESO, sekiranya Pekerja Separa Masa bekerja dengan lebih daripada 1 majikan dan mendapat kemalangan di luar waktu kerja?



PERKESO akan membuat bayaran berpandukan kepada majikan yang membayar caruman bagi Pekerja Separa Masa dan meliputi kesemua majikannya pada satu-satu masa. Walaupun wujud lebih daripada satu majikan tetapi pekerja tersebut hanya akan mendapat satu faedah sahaja. Ini adalah berdasarkan kepada seksyen 96 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969. Merujuk kepada seksyen 6 (9) dan (10) Akta yang sama, kesemua caruman majikan akan dikira sebagai satu caruman. Bayaran terbabit adalah berdasarkan kepada jumlah caruman yang telah dikutip daripada pekerja berdasarkan akaunnya, tertakluk pada siling gaji RM3,000.

Mengikut Jadual 1 di bawah Seksyen 2 Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969, mensyaratkan bahawa sekiranya gaji pekerja pada bila-bila masa melebihi RM3,000 sebulan, pekerja itu tidak disifatkan sebagai terkeluar daripada peruntukan Akta ini, tetapi gajinya hendaklah disifatkan sebagai RM 3,000 sebulan (once in always in) dan yang menjalankan kerja untuk seseorang majikan di Malaysia.





No comments: