Saturday, 17 November 2012

10 tips RAHSIA pekerja cemerlang




Kita akan merasa kecewa apabila usaha sepanjang tahun yang kita korbankan sepenuh hati dan bekerja keras demi mencapai matlamat boss dan syarikat tetapi dinilai biasa-biasa sahaja oleh boss apabila tibanya Performance Appraisal. Kita mungkin akan merasa marah sekiranya kita mendapat tahu rakan sebelah meja kita yang lebih banyak mengular, tiada semangat teamwork, banyak berkira dalam banyak hal tetapi mendapat rezeki yang lebih daripada kita apabila performance appraisal berlaku. Di ruangan blog ini saya ingin berkongsi tips bagaimana untuk mengambil perhatian boss secara betul, bukan sekadar "BODEK".    

1. Beyond Expectation
Lakukan segala tugasan kita diluar jangkaan boss iaitu buat apa lebih dari apa yang bos minta. Contohnya sesuatu tugasan bos suruh siapkan esok, sebolehnya siapkan tugasan tu hari ini.

2. Tahu apa kemahuan bos 
Perihatin dengan style pengurusan boss, kita seharusnya tahu cara-cara kerja beliau, standard dan sifat ataupun kemahuan, kemudian kita sesuaikan dengan diri kita. Sekiranya kamu mempunyai pendapat Boss yang harus sesuaikan diri dengan staff mereka, itu adalah pendapat yang salah dan harus diperbetulkan dengan segera. 

3. Boss tidak gemar di bodek dengan "Yes Boss" 
Kita semestinya harus menghormati boss kita, tetapi dalam sesuatu keadaan atau situasi kita mesti berkata "tidak" dan haruslah memberi jawapan/alasan yang konkrit bagi menyokong pendapat tu. Kadang-kadang  boss suka orang yang macam ini. Bukan sekadar sentiasa "Yes Boss" tetapi tidak dapat deliver seperti yang diharapkan. Boss memerlukan kakitangan mereka yang berpendirian, berani dan berfikir sebelum bertindak.

4. Berani untuk bercakap
Speak up!!! Tapi pastikan apa yang kita cakapkan berdasarkan kita punya kepakaran. Jangan terlalu diam bila bermesyuarat bersama bos. Lontaran idea-idea yang bernas.

5. Bos selalunya bersendirian 
Boss juga manusia seperti kita, kadang-kadang dia perlukan kawan. Luangkan masa sesekali bersama boss. Dengan ini, kita lebih dapat peluang untuk mengetahui dengan lebih dekat personaliti dan gaya bos kita.

6. Kemahiran dalam komunikasi dengan Boss
Sekiranya boss sedang naik angin dan marah, jangan kita pun sibuk nak mempertahankan diri mengatakan kita tak bersalah. Ingat cara ini tidak akan berhasil. Biar boss marah dulu, kita dengar saja. Bila selesai baru kita terangkan situasi sebenar.

7. Jangan suka menipu 
Setiap boss memerlukan kakitangannya yang jujur. Jangan sesekali menimbulkan ketidak percayaan dia terhadap kita, kerana ia akan mewujudkan jurang lebih besar antara kita dan bos.

8. Sentiasa bersikap positif
Jangan mengeluh jika diberi sesuatu tugasan. Berfikiran positif kerana hanya boss yang tahu kebolehan dan X factor yang ada pada kita. Jadi,anggaplah tugasan itu sebagai satu penghargaan dan belajar sesuatu yang baru.

9. Mestilah rajin
Be smart dan mempunyai sense of urgency.

10. Sentiasa senyum
Ingat semua orang ada masalah di dunia ini. Kalau kita berselisih faham dengan boss, jangan terlalu tunjuk dan pandai pandailah mengasingkan masalah peribadi dan urusan kerja. 

Moral
i. Tuhan merestui untuk kita mendapatkan rezeki lebih secara jalan yang halal dan betul.
ii. Bukan "Pengorbanan Sebenar" sekiranya pengorbanan yang dilakukan untuk dihargai.


Thursday, 11 October 2012

RETRENCHMENT, VSS ATAU MSS !!!



Salam,
Dulu-dula  setiap kali terdapat revolusi ekonomi dunia yang turun naik, ianya akan memberi kesan kepada dunia HR. Kebiasaan nya semasa ekonomi merundung ke bawah banyak syarikat akan gulung tikar, mengecilkan saiz perniagaan, percatuman beberapa bahagian, penyusunan structure syarikat dan sebagainya.
Senario yang jarang-jarang ditemuai dalam hal ehwal pengurusan HR ini mungkin merupakan cabaran untuk kakitangan HR menghadapi setuasi begini, tambah-tambah pula dalam urusan pembuangan kakitangan. Bersedia atau tidak sebagai seorang HR didalam sesubuah organisasi kita harus teruskan juga, tetapi harus ingat setiap langkah yang kita ambil haruslah mengikuti garispanduan dan tidak menyelahi perundangan negara kerana sekiranya tersilap langkah perkara ini boleh dirujuk ke JTK dan juga IR.        
Terdapat beberapa istilah untuk pembuangan atau penamatan pekerjaan ini, seperti retrenchment, VSS, MSS dan sebagainya, yang paling popular dikalangan masyarakat kita adalah istilah VSS.
Sekarang  retrenchment , VSS dan MSS bukan sahaja dipengaruhi oleh ekonomi dunia sahaja, Dunia bergerak pantas dalam era tranformasi khasnya di negara kita ini. Perubahan teknologi, peningakatan taraf pendidikan dan gaya hidup masyarakat Malaysia sendiri, dan dasar-dasar kerajaan boleh mempengaruhi scenario di atas.
Sebagai seorang HR, anda harus mengetahui mengetahui apa yang harus dibuat, kerana ianya mungkin berlaku di organisasi anda pada bila-bila masa.
  
Retrenchment
Perlu dilaksanakan pada keseluruhan organisasi atau sekurang-kurangnya bahagian yang terjejas. Langkah terakhir yang perlu diambil setelah beberapa perkara telah di ambil dan dipertimbangkan .
Klik disini untuk mengetahui lanjut dan panduan daripada Persatuan Majikan-Majikan Malaysia / MEF

VSS - Voluntary Separation Scheme.
Sama juga macam retrenchment, cuma majikan offer pada semua, terpulanglah samada anda mahu terima tawaran dengan pampasan atau tidak.

MSS - Mutual Separation Scheme.
Lebih kurang sama dengan VSS juga tetapi MSS adalah ditawarkan kepada insan terpilih dan  bertuah yang mendapat "DURIAN RUNTUH", mereka  akan ditawarkan oleh syarikat  dengan pakej pampasan. Biasanya company akan pilih dikalangan orang yang “ gaji paling besar”,  pengetahuan  teknologi paling lapuk”, skill paling purba, atau prestasi paling tidak diinginkan oleh majikan. Ia biasa nya ditawarkan kepada golongan upper level seperti pengarah, pengurus kanan, pengurus, eksekutif atau  penyelia kerana golongan ini adalah antara yang bergaji besar dan memerlukan skill dan pengetahuan yang updated.
 
Sama ada sesebuah organisasi tersebut perlu memilih Retrenchment atau VSS/MSS adalah bergantung pada situasi yang sesuai dengan objektif yang ingin dicapai. AWAS!!! jangan apa pun keputusan yang dibuat haruslah dilaporkan kepada JTK yang terdekat.


Monday, 8 October 2012

PENAMATAN PERKHIDMATAN PEKERJAAN

Satu tulisan Maimunah Aminuddin

Maimunah Aminuddin merupakan seorang pensyarah terkenal dan perunding di bidang pengurusan Sumber Manusia. Antara tajuk buku beliau adalah;

Human Resource Management (2nd ed, 2011, Oxford University Press),

Malaysian Industrial Relations and Employment Law (7th ed, 2011, McGarw Hill)

Termination of Employment : Understanding the Process ( 2010, CLI Publication)





GARIS PANDUAN







Saturday, 29 September 2012

BERITA BAGI INDIVIDU BERPENDAPATAN BERCUKAI




CYBERJAYA - Selaras dengan pengumuman penurunan kadar cukai satu mata peratusan, individu yang pendapatan bercukainya di bawah RM5,000 tidak perlu lagi membayar cukai mulai tahun taksiran 2013. 

Menjelaskan demikian, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Tan Sri Dr Mohd Shukor Mahfar berkata mereka yang berpendapatan bercukai RM5,000 hingga RM20,000 ke atas pula akan menikmati kadar cukai sebanyak dua peratus berbanding tiga peratus sebelum ini.

"Manakala bagi individu yang pendapatan bercukainya antara RM20,001 hingga RM35,000 pula akan dikenakan cukai sebanyak enam peratus berbanding sebelum ini tujuh peratus," katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata pengurangan cukai itu setelah diambil kira semua pelepasan cukai dan bukannya mengikut pendapatan kasar.

Mereka yang mempunyai sebarang pertanyaan mengenai Bajet 2013 dan pengurangan cukai itu boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan di talian 1-300-88-3010 atau emel di callcentre@hasil.gov.my.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam pembentangan Belanjawan 2013 semalam, mengumumkan penurunan kadar satu mata peratusan cukai mulai tahun depan, langkah itu membolehkan kira-kira 170,000 individu tidak perlu lagi membayar cukai pendapatan.

Mohd Shukor berkata secara keseluruhannya bajet 2013 mengandungi 37 pindaan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967; lapan pindaan di bawah Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967; sepuluh pindaan di bawah Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976; dan enam pindaan di bawah Akta Setem 1949.

Kesemua pindaan itu katanya sebagai menyokong fokus bajet bagi merangsang aktiviti pelaburan, memperkasa pendidikan dan latihan, membudaya inovasi dan meningkat produktiviti.

Justeru itu katanya, LHDN akan menganjurkan Seminar Percukaian Kebangsaan di 23 lokasi di seluruh negara, mulai 3 Oktober depan.

Ia bertujuan memberi penerangan lanjut berkaitan perubahan dalam Akta Cukai Pendapatan dan akta-akta lain yang ditadbir agensi itu yang terkandung dalam Bajet 2013. – Bernama

 

SUMBER : bloginfo4uall.blogspot.com

TEKS UCAPAN BAJET 2013


PUCHONG NEW TOWN 29 OKTOBER 2013- Pagi-pagi buta semua akhbar telah habis terjual, rezeki penjual-penjual, wakil jualan dan agen akhbar hari ini, tidak perlu menunggu sampai tengah hari untuk mengumpul hasil jualan seperti hujung minggu pada kebiasaan. Masyarakat berebut untuk mendapatkan akhbar hari ini adalah untuk mendapatkan laporan bajet 2013 yang di umukan oleh 1st Men Malaysia our PM.

Rezeki aku hari ini, walaupun semua akhbar habis terjual tetapi aku sempat mendapatkan copy aku di Putra Perdana, selepas penat ronda di Puchong New Town. Aku sempat mendapatkan beberapa buah akhbar untuk mendapatkan sudut laporan yang berbeza... ternyata kecewa kerana rata-rata akhbar melaporkan ringkasan sahaja. Yang penting bagi aku adalah untuk mengetahu ucapan penuh our PM pada petang kemarin kerana aku tidak sempat melihat sepenuhnya ucapan beliau yang dibuat secara langsung oleh kebanyakan saluran TV, Radio dan juga laman web.

Untuk rujukan aku dan juga nko orang klik pada TEKS UCAPAN BAJET 2013 untuk membaca taks ucapan sepenuhnya yang dibuat oleh PM. Semoga ia membantu nko orang untuk membuat planning dan rujukan.

Sekian.